Kadang-kadang aku begitu kemaruk dan mudah terbawa-bawa oleh perasaan. Tanpa mempedulikan sekeliling dan selalu berdiam diri walaupun kadang-kadang aku memang harus bersuara. Tetapi aku hanya mahu merasakan kehangatan bumi dengan cara aku yang tersendiri. Aku sedikit pun tidak pernah mengganggu orang lain. Malah aku lepaskan segala kesalahan orang kepada aku, kerana aku yakin yang aku bukanlah seorang pemilik. Aku dimiliki dan dituntut untuk menjaga hak dan penciptaan yang telah sedia terwujud. Memang benar, aku adalah 'jantan misteri yang sering terperosok di sudut sepi'. Aku akui itu. Aku akan sedia lepaskan capal yang aku pakai untuk merasakan sendiri kebenaran Bumi ini. Aku mudah terasuh.Aku memang mudah terasuh. Aku sendiri akan cepat tergelincir jika landasan yang aku lalui itu benar-benar memang terganggu.
Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M
Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa”
-
petikan Mstar 31 Mei 2026
oleh: Farol Hadi
MAHU memberikan kelainan dalam perialanan kerjaya muzik mereka, kumpulan
Wings bakal tampil dengan dua album ...
Seminggu yang lalu
