Aii...
Aku pernah celaru dan keliru
Engkau sebenar-benarnya apa?
Ohh, maafkan aku...
Engkau siapa?
Tentang apa?
Aku menunggu ni.
Iwan,
Aku di sini
Tetapi buntu...
Aii...
Bagaimana silamnya
Maksud aku yang engkau punya
Haa?
Masih buntu?
Aku lihat engkau asyik dan hanya senyum
Salam sebenar sudah mula aku hantar
Tetapi berdikit
Cermat...
Iwan,
Aku kaku di sini
Aku buntu...
Aii...
Aku mengerti tentang suatu kehilangan
Aku harap engkau begitu juga
Karya aku terlalu banyak untukmu
Bersepah !
Iwan..,
Aku anggap engkau pengecut yang berani
Berani mewarta
Tetapi berhikmah tiada habisnya
Aku masih menyimpan karyamu
Maksudku...karya-karya engkau!
Engkau berani membuatkan dahiku berkerut
Menuduh yang memuji
Engkau pengecut yang berani !
Aku harapkan lelaki
Bukan jantan babi !
Penipu !!
Maafkan aku...
Wahai, Aii...
Sudah terlalu dalam aku terokai
Tentang jiwa dan lara
Kisahmu...
Aku takut membuat aku kecewa
Yaa, memang benar
Tak, tak...!
Aku berani yang pengecut
Pipimu-matamu yang redup
Tentang mimpi tudung birumu
Membuat aku syahdu
Iwan, Iwan...!
Engkau jantan misteri
Yang sering terperosok di sudut sepi
Aku inginkan lelaki
Aku tak mahu dikecewa lagi
Aku mahu pelangi yang sari
Taman yang asyik
Aku bidadari
dan-
Engkau...engkau lelaki tetapi....
Engkau....!
Disebabkan engkau
Larik puisi aku menjadi
Tetap terpelihara misterinya
Berasas dan lebih bertunas
Tak mungkin aku lupa
Senyum dari bibir manis
Yang nipis
Aku lelaki,
Tetapi tak bersuara lantang !
Sering hilang yakin
Dan gamam secara sengaja
Tapi kali ini...!
Dengan syahdu;
Aisehhh...!
Tingkat terpisah dengan dua....
Catatan :
Perasaan yang mendatang bagai angin lalu. Tidak cukup terdaya aku untuk menguatkan apa yang sepatutnya.
How to Make Grammar Part of Your Daily Life
-
[image: good grammar]
I recently started relearning how to play the guitar after a rather long
hiatus. It’s not like I ever learned how to play it properly...
Sehari yang lalu
