
Inspirasi baru setelah aku asyik mengunyah setiap lirik-lirik karya Piyu PADI. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Piyu bukan hanya seorang pemain gitar dan pencipta lagu, tetapi beliau juga adalah seorang penyair yang sakan. Ini boleh sahaja kita lihat melalui setiap baris lirik di dalam lagu-lagu ciptaannya yang menggambarkan ciri-ciri lirik yang puitis dan mendalam. Memang agak senang sekali aku bersama-sama dengan karya-karyanya. Teguran-nasihat-ilmi-kasih yang diterapkan serta cinta Tuhan di dalam lagu-lagunya. Ini semua adalah gaya dan aturan karya yang baik dan bermakna. Mungkin kebanyakan penggemar muzik di Malaysia masih kurang mengenali siapa itu Piyu dari kumpulan Padi ? Tetapi jika sesiapa pernah mendengar lagu 'Menanti Sebuah Jawaban' yang lagu ini turut dimuatkan sebagai runut bunyi untuk filem 'Ungu Violet', sudah pastinya anda sudah mengenal siapa itu Piyu Padi.
Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M
Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa”
-
petikan Mstar 31 Mei 2026
oleh: Farol Hadi
MAHU memberikan kelainan dalam perialanan kerjaya muzik mereka, kumpulan
Wings bakal tampil dengan dua album ...
Seminggu yang lalu
