sebelum TuJuH !

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

Di dalam laungnya tujuh mengkhabarkan jiwa
rasa jaya merdeka
Dakap semangat rakyat menyulam budaya sebangsa
setelah berabad; ditirani -
oleh gugah penjajah
dan dengan hanya menjamahi sagu-roti-ragi.
Bergegas membina shelter pabila suasana
mula diisytihar gempa
tidurnya malam bermimpi ditakluk bom tangan dan jerit mortar
ledak suara murba menabiri subuh hingga hening senja.

Tanah ini, sememangnya pernah direnggut sengsara....!

Anak Gundah '97
29 Ogos 1997

 

© manifesto perakam zaman
manifesto perakam zaman ditulis oleh Tangga Merah.
Kerja susun atur dan pengubahsuaian struktur blog oleh Exfird