sudikah jika aku dipinjamkan udaramu ?
diberikan kesempatan untuk aku terus bernafas...
seselesa yang boleh.
berjuta kali aku telah berjanji sebelum kehadiranku.
terkadang aku sedu sengaja.
membecok bicara.
akan tetapi,
perjuangan itu akan tetap membuatkan aku menjadi insani.
dan seharusnya,
tidak perlu aku bersoalan tentangmu
kerana aku tahu jawapannya.
berkurun zaman ketepatannya.
bertalu-talu kisah kesah dan kesucian dikhabarkan.
aku percayakan setiapnya.
