Hei Miss Ranggi,
aku tahu engkau tahu !
dan engkau juga tahu yang aku juga sama tahu...
semua ini tentang masa dan mungkin juga tentang ketentuan.
Sungguhpun begini adanya, engkau paling seni aku bayangkan.
Sehingga tak terbayang dengan mata kasar insan lain.
Wahai Miss Ranggi,
salam aku yang paling sebenar belum sempat aku khabarkan.
Kerana aku tahu engkau selalu berada di sini selalu.
...dan aku memang begitu.
