Letih !

Aku letih, 
Letih dengan letih yang kosong. Aku sudah terlalu banyak membisu dan menipu. Cuba bertahan memekakkan telinga. Bertahan untuk terus cekal setelah beberapa lama membebali diri. Aku dah letih dengan kata-kata indah tapi isinya lembah sampah. Aku dah letih menggunungi harapan tetapi tindakan dan langkah aku tak sampai selangkah pun. Kadang-kadang aku cuba juga untuk keluar dari ruang tabiat diri sendiri untuk menjadi seseorang yang lain. Seseorang yang boleh membanggakan semua orang. Seseorang yang boleh orang lain percayakan. Tapi sesungguhnya aku memanglah aku. Aku adalah aku. Sungguh meletihkan.
   Setiap kali aku melihat wajah ibu aku, setiap kali itulah  aku tertanya-tanya adakah aku ini seorang yang sudah cukup berjasa. Untuk ibu aku, keluarga aku dan sahabat-sahabat aku. Dari kecil aku sudah diasuh untuk cekal bertahan. Kehilangan bapa seawal umur tidak sampai setahun, benar-benar menjadikan aku seorang yang lebih tabah. Jarang sekali aku bertanyakan tentang bapa. Tetapi aku dapat rasakan yang sifatnya seakan sifat aku. Aku letih lagi untuk menaip kerana jari aku sudah menekan beribu-ribu abjad di papan kekunci. Aku memang selalu letih. Entah apa yang aku letih aku pun tak tau. Aku bagaikan 'apa.. pun tak boleh' bak kata kumpulan Jambu, peserta dari Maharaja Lawak. Aku memang tak boleh serius lama. Mesti nak merapu jugak akhirnya. Inilah  buktinya. Kesan dari pembuktian ini yang membuatkan aku masih di sini. Di sini yang bagaimana, haa, ini yang aku tak tahu ni.
   Sebenarnya inilah masalah aku. Aku hilang kepercayaan dalam diri aku sendiri. Kepercayaan keluarga, sahabat - sahabat. Letih tau....! Aku tak boleh nak serius ni.

 

© manifesto perakam zaman
manifesto perakam zaman ditulis oleh Tangga Merah.
Kerja susun atur dan pengubahsuaian struktur blog oleh Exfird