Semalam itu malam aku

Setelah terlempar jauh ke sisi kamar
Bersama radio usang keuzuran semangat -
lelah berbunyi tapi aku masih sempat tertari
olehnya.
Tingkap yang belum sempat dikatup -
berlumba-lumba masuk
kelkatu dan nyamuk.

Masih tak cuba kubuka kitab azali
Membentangi sejadah
Membilangi berapa pahala berapa dosa
di dalam bilangan tasbih yang memuji
Yang ada pun hanya sekadar doa-doa pemula
pabila perut terasa lapar semula
Sekejap baca sekejap lupa.

Aku lelapkan mata,
setelah peluh dan tenaga hilang kerana -
nafsu dan porna.

03062011

 

© manifesto perakam zaman
manifesto perakam zaman ditulis oleh Tangga Merah.
Kerja susun atur dan pengubahsuaian struktur blog oleh Exfird