Malam tiba-tiba mengoyak
lentera rahsia;
di celah-celah lorong sepi
dan membuana, hanya hanyir merata tikus tersanggah
tin kosong - busuk sampah
ngilai sawan perempuan bukan perawan lagi
kerana ternoda janji lelaki.
tali coli kelihatan
memancing ringgit jantan
untuk dibalasi sama
apa itu kebenaran yang dipesona
atau dendam yang tak kunjung tiba
dia tersangkut serta tersenggol
cinta yang tak bermaruah
masih dibauri cinta cuka - taman terdera -
tasik lukah.
Di ranjang,
engkau hanya
demi lelaki
dan jantan memuas nafsi
malam itu, colimu terlucut lagi.
Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M
Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa”
-
petikan Mstar 31 Mei 2026
oleh: Farol Hadi
MAHU memberikan kelainan dalam perialanan kerjaya muzik mereka, kumpulan
Wings bakal tampil dengan dua album ...
Seminggu yang lalu
