Senario ini diceritakan sempena pesta meraikan rakyat, jamuan untuk rakyat dan penghargaan demi rakyat :
Makanan penuh di atas meja agar rakyat cepat menghabiskannya. Di dinding dewan, penuh tempelan-tempelan rayu dan manifestasi serta janji. Susunan kerusi rapat-rapat dari depan dewan hingga belakang dewan. Itu juga diharapkan dapat dipenuhi rakyat.
Pembesar suara pemberitahuan. Kibar bendera tegar. Mesra pura pintu ke pintu. Bertanya tentang berapa gaji dan subsidi. Akan segera dimengerti.
Memohon peti undi moga diisi
atau perut yang bakal boyot?
Kita cekau dana yang ada.
Setelah selesai pilihanraya !
Rakyat?
Tinggal sekam dan sisa bijih hasil negara.
Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M
Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa”
-
petikan Mstar 31 Mei 2026
oleh: Farol Hadi
MAHU memberikan kelainan dalam perialanan kerjaya muzik mereka, kumpulan
Wings bakal tampil dengan dua album ...
Seminggu yang lalu
