Aku harus segera
membuka simpul tali
yang terikat di jeti
melepaskan layar
ke laut
menarik sauh kargo
mengubati sayap garuda
yang mereng terbang
berpaut pada mega
mencari rawat terakhir
untuk telagah Anuar-Mahathir
Tetapi,
sebelum menaikkan layar
mengemudi kargo gergasi
membiari garuda terbang lagi
dan Anwar-Mahathir dalam satu parti;
Kita harus mencari
kunci peti yang sengaja disorok dan berpura -
entah letak dimana
Juga patut dilepaskan singa liar yang murka
mengganti dengan rusa-rusa safir
yang diyakini jinaknya
membina shelter seawal dan sebanyaknya
pabila bumi mula diisytihar gempa
Moga nanti,
sebangsa tak sesama menyalahi
rakyat bermogok megah
berbahasa sendiri
Dan jangan pernah lagi
sengaja direnyuk watikah bukti -
kitab suci - arkib negeri
pabila lombong dan getah, setelah sekian lama,
bertukar menjadi hanya tasik dan sisa tanah...
Menyalahkan orang lain berdosa kerana diri sendiri tak bermaruah.
4-5 Mei 2010
Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M
Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa”
-
petikan Mstar 31 Mei 2026
oleh: Farol Hadi
MAHU memberikan kelainan dalam perialanan kerjaya muzik mereka, kumpulan
Wings bakal tampil dengan dua album ...
Seminggu yang lalu
