2006

Sejak dari mula dikhabarkan resahku dari Rapat Setia

Kataku pada ketikanya juga kurang enak dan -
di antara sumpah yang kurang jujur
dan lirikmu yang terlalu luhur;
engkau cepat-cepat redha dan jiwamu
sudah tak harum bunganya.

Aku tuliskan untukmu
(jika benar - benar engkau tidak tahu)
sebuah janji.

Tetapi, ketika
SMS 1 April itu
rela dipetikan seikat yang boleh
dan engkau gubah menjadi lebih syahdu
pengertian,
kegamaman -
yang setahun lepasnya,
ia terpadam secara tiba-tiba.

Sesungguhnya,
memang dapat dirasa dari mula
rahsia dan misteri
di sebalik tirai malam yang hitam
hanya kita mendengar rengek manja -
sebelum selepas itu
tawa lega dengan tubuh setengah terbuka setengah dinoda
gebarmu hanya pelukan aku yang paling setia.
Kita sama-sama mengertikan setiap babaknya ?

Kita sudah sedia percaya
bahawa madu datang dari sengat yang terlalu bisanya.
Beberapa kali aku sasau di sisi masjid dan perpustakaan mengunyah memori dari diari lama
yang kutulis setelah engkau dan ilham lenyap di suatu senja.
Paling habis, engkau hanya hantar senyum iri yang kurang manis
dari meja yang berasingan tanpa bermakna apa-apa.

Ini,
aku tuliskan untukmu
(jika benar-benar engkau ingin tahu)
sebuah lagi janji.


 

© manifesto perakam zaman
manifesto perakam zaman ditulis oleh Tangga Merah.
Kerja susun atur dan pengubahsuaian struktur blog oleh Exfird